PERKONGSIAN ILMU



Slot ini akan membincangkan berkaitan isu-isu pilihan berdasarkan  respon daripada majoriti umum
Tajuk PIlihan: Professional Mukmin

Bahagian 1

Kualiti Seorang Muslim

Ada pelbagai perceptions untuk menganggap bahawa seseorang itu sangat berkualiti. Perhatikan dialog-dialog di bawah.
Situasi 1: “Mamat tu pandai giler sey, masa kat sekolah dulu keje tak masuk kelas je, tapi SPM dapat 10A kot”
Situasi 2: “Wah bro, business makin kencang nampak, daily-income jejak 100K tu”
Situasi 3: “Eh yam, ko nak tahu, anak aku yang nombor 3 tu dapat sambung belajo kat Belgium, buat Phd lagi. Ko hade?”.
Itu merupakan sebahagian daripada pandangan umum mengenai seseorang yang berkualiti. In other words, kalau nak tengok kualiti seseorang tu,tengoklah tahap pendidikannya, pendapatannya, kekayaan dan sebagainya.. Jika begitu, amatlah sukar untuk kita mencapai kualiti yang ditetapkan kerana ia berubah-ubah mengikut selera manusia. Cuba kita letak tepi seketika persepsi-persepsi tersebut dan menjadikan pandangan Islam mengenai kualiti, sebagai benchmark kita. Jom tengok!

(Surah al-Qasas 28: 26) 

Ayat ini adalah sebahagian daripada kisah Nabi Musa ‘alaihi al-salam (cara sebutan: ‘alaihissalam) ketika baginda berada di negeri Madyan. Ketika itu baginda memberi pertolongan kepada kedua-dua perempuan anak nabi Syuaib ‘alaihi al-salam untuk mengangkat penutup sumber air agar dapat diberikan kepada binatang ternakan mereka. Mereka kagum dengan kualiti yang Nabi Musa ‘alaihi al-salam ada, iaitu kuat( al-Qawiyyu) dan amanah(al-Amin). Inilah kualiti yang ingin dihighlightkan oleh Islam
.
Skop al-Qawiyyu dan al-Amin ini boleh diperluaskan dengan melihat dari istilah kontemporari. Al-Qawiyyu boleh dikaitkan dengan Profesional manakala al-Amin adalah Integriti. Seseorang yang profesional memberi makna bahawa beliau mempunyai skills dalam pekerjaan yang dia lakukan, seperti seorang lecturer sangat arif dalam bidang keilmuannya, seorang entrepreneur mestilah ada knowledgable tentang product market die, bahkan seorang technician juga mestilah ada kemahiran dalam wiring and welding serta innovative, dan sebagainya. Seseorang yang mempunyai nilai-nilai murni seperti jujur, berbudi bahasa, berkata benar, sangat dipercayai, menepati waktu dan lain-lain lagi disebut sebagai seseorang yang berintegriti. 

Kedua-dua kualiti yang dibincangkan tadi perlulah bergerak secara bersepadu (kedua-duanya mestilah ditahap maksimum) dan inilah yang perlu ada pada jiwa setiap Mukmin. Marilah kita lihat contoh terbaik daripada kekasih kita semua iaitu Rasulullah S.A.W. Ramai yang berpandangan begini. “alaa, nabi Muhammad S.A.W itu nabi, dapat pertolongan Allah senang-senang ja, so no wonder la kalau dia boleh menang dalam peperangan dengan musuh Islam” atau begini, “Aku dah amalkan sunnah nabi, ikut sifat-sifat nabi S.A.W., jujur la, amanah la tabligh n fathanah tapi apehal asek kene tipu ja business aku nih?”. Dialog-dialog tersebut seolah-olah bahawa Muhammad S.A.W hanya bergantung segala-segalanya pada Allah tanpa ada usaha dan seolah-olah apabila kita ikut membuta, kita akan mendapat result yang sama macam kekasih Allah dapat. 

Stigma ini adalah tidak tepat saudara-saudaraku. Muhammad S.A.W indeed mengharapkan bantuan Allah, namun tahukah anda bahawa Muhammad kekasih Allah seorang y sangat professional dalam pekerjaan beliau?.  Muhammad S.A.W adalah seorang entrepreneur yang hebat, baginda bukan sahaja berkelakuan hebat sehingga digelar al-amin, malah memiliki communication skill yang hebat, memahami kehendak client, menepati masa dan pengurusan masa yang tip top. Tahukah anda sebagai ketua jeneral dalam peperangan khandak, baginda S.A.W. bersikap open-minded dengan menerima suggestion daripada Salman al-farisi untuk menggunakan strategi penggalian parit dikeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan walhal ianya tidak pernah digunakan sebelum itu oleh kaum Muslim. Bolehkah anda bayangkan tatkala ingin membuat decision making tentang perkara yang besar, anda memilih untuk tidak playsafe, tapi mencuba sesuatu yang tak pernah dibuat sebelumnya atau istilah sekarang ‘try to think outside of the box’?. Hebat kan!.

Jadi sebagai seorang mukmin, tidak kira apa pun pekerjaan halal yang kita terlibat, kita perlulah mempunyai dua kualiti yang disebutkan tadi untuk berjaya dan lebih utamanya mendapat keredhaan Allah yang maha pengampun. Sentiasa ada azam untuk improve diri sendiri serta memperbaiki kualiti hidup mestilah bersungguh-sungguh untuk mendapat target dia.
Itulah serba ringkas mengenai apa yang dimaksudkan dengan kualiti seorang mukmin. Muhammad S.A.W sebagai role model terunggul dan barangsiapa yang ingin mencintai Allah, maka ikutilah Rasulullah S.A.W. Kita tidak akan dapat cinta Allah jika kita tak mencintai Rasulullah S.A.W. dan adakah sekadar menghafal nama penuh baginda, atau sekadar berselawat ketika sambutan hari kelahiran baginda sudah mampu kita katakan CINTA kepada Muhammad S.A.W?. Insya Allah, kita tunggu untuk artikel akan datang.

No comments:

Post a Comment