WE LOVE U, RASULULLAH!



Dalam slot ini memberitahu sedikit sebanyak gambaran mengenai personaliti Rasulullah S.A.W khususnya berdasarkan kitab Syamail Muhammad, karya Imam al-Tirmizi (cara sebutan: attirmizi). Harapan agar kita dapat maximize kan usaha untuk mengikuti cara hidup Rasulullah S.A.W, sekaligus meningkatkan rasa cinta terhadap baginda.

Bahagian 1

Physical Character Rasulullah S.A.W

Terdapat pelbagai riwayat yang dinukilkan oleh Imam al-Tirmizi tentang karakter fizikal Muhammad S.A.W. dalam karya Syamail Muhammadiyah. Antara riwayat-riwayatnya adalah seperti berikut;
1.       Mafhumnya: Anas Ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa, “Rasulullah S.A.W memiliki perawakan yang sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Tubuh baginda menarik. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus. Warna kulit baginda berwarna coklat. Ketika berjalan, tubuh baginda tegap”.
(riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, dan Ahmad)
2.       Mafhumnya: al-Bara’ Ibn Azib r.a meriwayatkan bahawa “Postur tubuh Rasulullah S.A.W. sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan di antara kedua bahunya lebar. Rambut baginda lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad)

3.       Mafhumnya: Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada al-Bara’ Ibn Azib r.a., “Apakah wajah Rasulullah S.A.W. (berkilau) seperti pedang?” al-Bara’ menjawab, “Tidak. Wajah baginda bagaikan bulan.”

(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Darimi dan Ahmad)

4.       Mafhumnya: Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa “(Kulit) Rasulullah S.A.W. itu putih bersih seolah-olah baginda tercipta daripada perak. Baginda juga memiliki rambut yang indah dan rapi”

Semoga bermanfaat untuk semua dalam meningkatkan kecintaan kita kepada Muhammad S.A.W, kekasih Allah. Banyakkan selawat ya guys. Nantikan riwayat akan dating insya Allah. Wallahu a’lam (Dan Allah lebih mengetahui)

No comments:

Post a Comment