DID YOU KNOW?



Slot ini akan berkongsi maklumat mengenai kaedah solat yang paling hampir dengan Rasulullah S.A.W. Sumber rujukan utamanya adalah berdasarkan buku Formula Solat Sempurna, karya Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman serta Ensiklopedia Solat. Diharap kita sentiasa dapat meng update kualiti solat kita.

Bahagian 1

Honestly, ramai dikalangan kita menyangkakan bahawa solat kita ini adalah yang ditahap okey2, masih boleh diterima, atau dah cukup baik, walhal, kali terakhir meng update solat kita adalah di peringkat darjah khas, atau sekolah rendah. Lebih merunsingkan lagi, pada peringkat umur tersebut, kaedah pembelajaran kita adalah mengikut-ikut sahaja apa yang di suruh oleh Cikgu atau ustaz and tidak faham dengan kenapa kita perlu lakukan, dan bagaimana kita patut lakukan.
Diharap sedikit perkongsian di sini dapat stimulate perasaan untuk memperbaiki kualiti solat kita ke tahap yang lebih baik dengan mencari dan mengikuti kelas-kelas penghayatan solat, kaedah solat dan yang seangkatan dengannya bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam.

SEJARAH AZAN

Mari kita lihat sikit tentang Sejarah Pensyariatan Azan.
Mafhum daripada petikan hadith;
Dari Nafi’ bahawa Ibn Umar r.a telah berkata: “Pada suatu ketika dahulu, kaum Muslimin berkumpul dan mengira-ngira waktu solat, sebab pada waktu itu tiada orang yang bertugas untuk menyeru kepadanya (solat). Maka pada suatu hari mereka membicarakan tentang hal tersebut. Salah seorang daripada mereka berkata: “gunalah loceng untuk menyeru kepadanya sebagaimana orang Nasrani menggunakannya”. Maka sebahagian yang lain mengutarakan pendapatanya dengan katanya: “bukankah elok jika kita menggunakan terompet sebagaimana orang Yahudi menggunakannya”. Maka Umar berkata: “tidakkah elok jika kamu lantikkan seseorang untuk menyerukan solat?”. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda: “Wahai Bilal! Berdirilah dan serukanlah untuk solat!”
(Riwayat Bukhari, Muslim, al-Nasa’I dan al-Tirmizi)

DEFINISI

Rite now, jom kenali definisi Solat
Bahasa: Doa atau memohon kebajikan dan pujian
Syarak: Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadat kepada Allah, dengan mengikut semua syarat yang telah ditentukan.

ISTIMEWANYA SOLAT

Solat adalah ibadah yang penting, unik and special sebab;
·         Ia ibadah yang directly menghubungkan antara hamba dan Pencipta (Allah).
·         Besides, ia adalah ibadah yang pertama disyariatkan dan yang terakhir ditinggalkan oleh manusia.
·         Dalam solat ini juga, penuh dengan sebutan takbir, zikir dan tahmid kepada Allah.
·         Ganjaran pahala amatlah besar.
·         Solat yang berkualiti juga dapat memberi ketenangan dan  aman.
Itu adalah sebahagian daripada Kepentingan Solat yang diharap bermanfaat untuk kita. Dan amalan solat ini tidak dapat dilakukan tanpa merujuk kepada Rasulullah S.A.W, sebagaimana mafhum daripada sabdanya, “solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat”. (Riwayat Bukhari)

Kualiti solat yang diajar Rasulullah S.A.W sebenarnya mengandungi dua element, iaitu zahir dan spiritual. Zahir seperti kewajipan berwuduk, berpakaian bersih, menghadap kiblat, kaedah rukuk serta sujud yang betul adalah antara yang dimaksudkan dengan Zahir. Spiritual pula sangat ditekankan oleh Muhammad S.A.W. seperti memahami dan menghayati semua ucapan serta perbuatan semasa dalam solat. Itulah yang cuba ditekankan di sini. Perhaps, sebelum ni kita merasakan bahawa dengan membaca dengan bertajwid atau dengan memakai jubbah sahaja sudah berada ditahap solat yang baik, apa kata kita tingkatkan lagi kualiti yang kita ada itu dengan memahami apa yang kita sebut seperti makna surah al-fatihah, hikmah berpakaian bersih dan sebagainya. Mudah-mudahan kualiti solat kita itu dapat diterjemahkan ke dalam kehidupan kita. Mungkin kalau dulu kita seorang yang ego atau berasa bangga dengan kejayaan diri sendiri, tetapi, setelah menghayati bahawa simbolik perbuatan sujud itu, di mana punggung kita lebih tinggi daripada kepala kita sambil memuji Allah, mudah-mudahan kita sedar bahawa kita ini adalah hamba yang hina dan hanya mengharapkan Allah. Amin, moga bermanfaat.
Jom kita lihat rukun-rukun solat menurut mazhab Syafi’I.

RUKUN-RUKUN SOLAT MENURUT MAZHAB SYAFI’I;



  1.  Niat
  2. Takbiratulihram
  3.   Berdiri tegak bagi yang berkuasa untuk solat fardhu dan bagi yang tidak mampu, disebabkan sakit dan lain-lain lagi boleh melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat
  4. Membaca al-fatihah pada tiap-tiap rakaat
  5. Rukuk dengan tama’ninah (berhenti seketika)
  6. Iktidal dengan tama’ninah
  7.  Sujud dua kali dengan tama’ninah
  8.  Duduk antara dua suju dengan tama’ninah
  9.   Duduk tasyahud akhir dengan tama’ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11.  Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir
  12.  Membaca salam yang pertama
  13.  Tertib, iaitu mengikut urutan dalam mengerjakan ruku-rukun tersebut.

No comments:

Post a Comment