BLOG PROFILE



Timbul rasa segan untuk bertanya, atau tidak tahu di manakah sumber untuk bertanyakan soalan-soalan berbentuk Islamik adalah antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh ramai dikalangan kita. Atas senario itu, maka timbullah usaha untuk menjadikan blog ini sebagai platform perkongsian maklumat. Blog ini hanyalah bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islam. Blog ini sesuai untuk semua peringkat khususnya kepada remaja yang berminat untuk mendapatkan info-info ringan mengenai perkara asas dalam Islam. Diharap ianya menjadi sebagai appetizer (pembuka selera) untuk mencintai ilmu. Hanya perbincangan secara ringkas akan diketengahkan.

Objektif: 

1.       Sebagai platform untuk berkomunikasi khususnya perbincangan secara ilmiah
2.       Menyahut seruan untuk menyampaikan dakwah Islam

Pendekatan:

1.       Penyampaian ilmu secara santai dan ringkas meliputi aspek sirah, motivasi dan rasional. Disertakan sedikit nas-nas daripada al-quran dan al-sunnah (cara sebutan: assunnah) dan ringkasan perbincangan ulama-ulama kontemporari bagi mudah difahami oleh masyarakat awam. Penekanan terhadap isu-isu pokok seperti ibada-ibadah utama seperti solat, muamalat dan isu-isu semasa

2.       Penggunaan bahasa adalah terdiri daripada bahasa arab, inggeris dan melayu dengan bahasa melayu menjadi medium utama penyampaian. Disertakan juga cara sebutan khusus bagi bahasa arab sebagai pengetahuan umum.

3.       Segala informasi hanyalah dinukilkan daripada buku-buku yang dijadikan sebagai bahan rujukan. Olahan maklumat dibuat mengikut kefahaman admin. Segala Info akan di update oleh admin mengikut fleksibiliti masa yang ada. Tempoh jangkaan adalah seminggu ke dua minggu sekali

4.       Sebarang feedback mengenai kesilapan maklumat, penambah baikan blog adalah dialu-alukan dan sangat dihargai.

Biodata Admin:

1.       Muhammad Fadzli Bin Abdul Rahman

Profession : Guru

Latar belakang Pendidikan: B.A pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

2.       Wan Ahmad Syafiq Bin Wan Mohamad

Profession: Multimedia Designer

Latar belakang pendidikan : Diploma Kreatif Multimedia

3.       Nama:Ahmad Syakir Bin Ibrahim.

Latar belakang Pendidikan : Sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dalam jurusan Master of Business Admin (MBA), Islamic Banking and Finance Specialization.
Memperoleh B.A Syariah di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment